Kenangan di Kem Pusako Hassan Basir, Negeri Sembilan.
Hai semua! Apa khabar semua? Saya harap kamu semua berada dalam keadaan yang baik. Dikesempatan ini, masih belum terlambat bagi saya untuk menceritakan kenangan Latihan Medan Integrasi Kor Sispa UKM 2019 di Kem Pusako Hassan Basir, Negeri Sembilan. Kem tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 22 November dan berakhir pada 25 November. Kami bertolak ke sana menggunakan bas UKM dan perjalanan kami mengambil masa 2 jam. Kem Pusako Hassan Basir ini sangatlah cantik kerana terletak di dalam hutan. Pada hari pertama disana, kami hanya melakukan permainan yang tidak menggunakan banyak tenaga kerana pada keesokannya harinya kami akan diuji dari segi ketahanan fizikal dan mental. Saya merupakan ahli Kumpulan 1 yang terdiri seramai 11 orang kadet Kor Sispa.
23 November merupakan tarikh dimana kami melalui kesemua checkpoint bagi mengumpul markah. Sejujurnya, menyertai latihan medan ini banyak memberikan ilmu pengetahuan yang baru kepada saya. Antaranya, saya perlu memadam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran kecil. Pada awalnya, saya enggan melakukannya kerana berasa takut tetapi dengan sokongan ahli kumpulan dan tunjuk ajar jurulatih, saya berjaya memadam kebakaran tersebut.
Checkpoint yang menguji keberanian kami yang seterusnya ialah Water Confident. Kami perlu menguji keberanian diri di dalam tasik di Kem Pusako Hassan Basir dengan hanya menggunakan jaket pelampung. Semasa latihan asas renang di Danau UKM, saya berasa takut untuk berenang setelah saya lemas dalam air. Namun, dengan pengalaman berenang semasa di latihan medan keyakinan saya untuk belajar berenang kembali. Selain itu, saya juga melakukan aktiviti berkayak di tasik tersebut. Hari tersebut merupakan hari pertama saya berkayak. Terdapat banyak lagi aktiviti disana seperti Kawad Kaki, Team Building dan sebagainya. Walaupun kumpulan kami tidak memenangi latihan medan tersebut, namun pengalaman dan ilmu baharu yang dipelorehi daripada latihan medan tersebut sangatlah berbaloi.
Bagi aktiviti pada waktu malam pula, kami perlu melakukan persembahan mengikut negeri masing-masing. Saya perlu melakukan persembahan yang berkaitan dengan Kuala Lumpur. Sejujurnya, jenuh juga ahli kumpulan saya memikirkan idea untuk persembahan. Saya telah diberikan tugas untuk melakukan tarian raver. Itulah kali pertama saya menari dengan gaya yang sangat pelik >-<
Alhamdulillah, dengan semangat dan kerjasama daripada kesemua ahli kumpulan, kumpulan kami memenangi tempat ketiga.
Pada keesokanya adalah majlis penutup Latihan Medan Integrasi Kor Sispa UKM 2019. Kami perlu melakukan raptai sebelum majlis berlangsung. Setelah majlis penutup tamat, kami diarahkan untuk makan dan mengemas tempat penginapan kami sebelum pulang.
Kenangan dan pengalaman ini merupakan antara yang sukar dilupakan. Walaupun penat kerana tidak mendapat waktu tidur yang cukup, namun ilmu yang diberikan sangat bermakna. Sampai disini sahaja penceritaan saya. Semoga kita berjumpa di hari yang lainnya.
Comments
Post a Comment