Kenangan Berkunjung ke Masjid Baiturrahman Aceh
Asslamulaikum dan Selamat Malam Semua! Hari ini saya ingin menceritakan pengalaman saya mengunjungi satu tempat yang saya teringin sangat nak pergi masa kecil. Tempat tersebut bukannya terletak di Malaysia tetapi di Aceh, Indonesia. Memandangkan kampung saya terletak di Indonesia, setiap kali menjelang musim perayaan pastinya kami akan pulang ke kampung. Kampung saya terletak jauh di kawasan pendalaman. Namun begitu, setiap kali pulang ke kampung kami pastinya akan singgah di Banda Aceh untuk melawat beberapa tempat-tempat yang menarik. Setiap kali saya ke Banda Aceh , terdapat tiga tempat yang saya ingin lawati iaitu Masjid Baiturrahman, Muzium Tsunami Aceh dan Kampung Jackie Chan. Antara ketiga-tiga tempat tersebut, cuma Muzium Tsunami Aceh yang belum saya sempat kunjungi. Hal ini adalah kerana saya ke Banda Aceh pada waktu-waktu dimana muzium ini tidak dibuka. Adakalanya saya kesana pada waktu malam dan hari Ahad. Bagi Kampung Jackie Chan pula, pertama kali saya kesana semasa saya beumur 11 tahun, oleh sebab itulah saya tidak berapa ingat tentang tempat tersebut.
Namun dalam postingan saya kali ini, saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya melawat Masjid Biturrahman. Ingatkah kawan-kawan terhadap Tsunami 2004 yang melanda Indonesia? Masjid Baiturrahman ini merupakan salah satu keajaiban kuasa Allah SWT kesan daripada bencana teruk ini. Jika kawan-kawan mengikuti kisah Masjid Baiturrahman ini, masjid ini merupakan salah satu bangunan yang tidak hancur semasa tsunami melanda malah ianya masih tegak berdiri sedangkan di sekeliling masjid tersebut tiada satupun bangunan yang kekal berdiri. Keajaiban kisah utuhnya Masjid Baiturrahman ini lah yang menjadikannya salah satu tempat yang saya ingin kunjungi. Sudah 3 kali saya berkesempatan untuk melawat masjid ini. Bercerita tentang perasaan saya setiap kali menjejakan kaki di kawasan masjid ini, hanya perasaan gembira yang terlintas kerana saya mampu salah satu keajaiban kuasa Allah SWT. Bukan itu sahaja, saya juga berharap untuk diberikan peluang untuk melawat kawasan menarik yang lainnya yang terletak di Aceh, Indonesia. Semoga pada masa hadapan, saya dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri di Aceh seperti tahun-tahun sebelumnya. Sampai disini sahaja, Selamat Malam !
Comments
Post a Comment