Cara Untuk Merekod Suara ke dalam Power Point
Hai dan Selamat Petang Semua :)
Hari ini saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang saya peroleh dalam kelas Aplikasi Komputer berkenaan dengan topik Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah salah satu program ciptaan Microsoft Office. Berbeza dengan Mircosoft Word dan Excel, Microsoft PowerPoint lebih mudah dan tidak terlalu susah untuk dipelajari. Saya telah menggunakan perisian Microsoft PowerPoint sejak di sekolah menengah lagi untuk tujuan pembentangan namun saya tidak pernah mengetahui bahawa persembahan PowerPoint juga boleh dibuat menggunakan rakaman suara.
Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi ilmu tentang cara untuk merekod suara ke dalam PowerPoint ini.
Sediakan Slide pembentangan seperti di atas ini
Pilih tab Slide Show dan klik Record Slide Show
Pilih salah satu antara dua perkara tersebut. Klik Record from Beginning jika ingin merekod suara dari slide pertama dan klik Record from Current Slide jika ingin merekod suara dari slide yang tertentu. Kemudian klik Start Recording
Selepas itu, suara dapat direkod. Klik sekiranya ingin merekod slide yang seterusnya dan klik tanda ' x ' tersebut sekiranya telah selesai merekod suara.
Setelah suara siap direkod, simbol pembesar suara seperti di atas tersebut akan muncul dalam slide. Maka, selesailah perekodan suara tersebut. Itu sahaja daripada saya, terima kasih :D
Hari ini saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang saya peroleh dalam kelas Aplikasi Komputer berkenaan dengan topik Microsoft PowerPoint. Microsoft PowerPoint adalah salah satu program ciptaan Microsoft Office. Berbeza dengan Mircosoft Word dan Excel, Microsoft PowerPoint lebih mudah dan tidak terlalu susah untuk dipelajari. Saya telah menggunakan perisian Microsoft PowerPoint sejak di sekolah menengah lagi untuk tujuan pembentangan namun saya tidak pernah mengetahui bahawa persembahan PowerPoint juga boleh dibuat menggunakan rakaman suara.
Oleh hal yang demikian, saya ingin berkongsi ilmu tentang cara untuk merekod suara ke dalam PowerPoint ini.
Pilih tab Slide Show dan klik Record Slide Show
Setelah suara siap direkod, simbol pembesar suara seperti di atas tersebut akan muncul dalam slide. Maka, selesailah perekodan suara tersebut. Itu sahaja daripada saya, terima kasih :D
Comments
Post a Comment