Hypertext Markup Language (HTML)



Assalamualaikum dan Salam Bestari. Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit pengetahuan yang saya pelorehi dalam proses pembelajaran dan pengajaran kuliah Aplikasi Komputer sepanjang berada di semester 1 ini. Banyak ilmu pengetahuan berkenaan dengan teknologi aplikasi komputer yang saya pelajari antaranya ialah HTML. Dalam pembelajaran kelas saya, saya perlu menyediakan Curriculum Vitae atau lebih dikenali sebagai VC. VC merupakan dokumen yang mempunyai maklumat yang tersusun tentang diri seseorang seperti maklumat diri, latar belakang pendidikan, pengalaman dan sebagainya.


HTML merupakan singkatan daripada Hypertext Markup Language dan ianya sering digunakan dalam membuat halaman web. Ketika menggunakan HTML, kita perlu menggunakan struktur kod untuk membuat paragraph dengan menggunakan tag pembuka <p> dan tag penutup </p>
Untuk membuat VC menggunakan HTML, saya perlu memasukkan kod asas seperti dibawah. Saya menggunakan Notepad untuk menyalin kod ini. Kod ini perlu disalin setiap kali ingin menggunakan HTML
<!DOCTYPE html>
<html>
<body>
<h1>My First Heading</h1>
<p>My First Paragraph</p>
</body>
</html>
Sekiranya ingin memasukkan gambar latar belakang, kod dibawah ini perlu dimasukkan dalam kod yang di atas tersebut
<body background = "PictureName.jpg">
Sekiranya ingin memasukkan gambar pula, kod dibawah ini perlu disalin:
<p><img src="PictureName.jpg">
Sekiranya ingin mengubah bentuk,saiz atau warna tulisan, kod dibawah ini perlulah disalin ke dalam kod asas di atas
<font size:"30"face="Algerian"color="black">
Selepas kod tersebut telah selesai disalin, Notepad ini perlu disimpan. Klik File, pilih Set As dan simpan dalam bentuk Text Documents dan All Files.

Setelah siap, inilah hasil HTML tersebut. Berikut merupakan contoh  CV saya menggunakan HTML


Comments

Popular Posts