KENANGAN BERSAMA KOR SISPA UKM
Hai dan Selamat Malam. Pada hari ini, saya ingin menceritakan pengalaman saya serba sedikit tentang Kor Sispa UKM. Di UKM ini, terdapat beberapa unit beruniform yang boleh kita sertai. Antaranya ialah PALAPES, SUKSIS, KOR SISPA dan BBSM. Pada mulanya, saya bercadang ingin menyertai SUKSIS bersama kawan saya iaitu Aisyah namum sehari sebelum temuduga fizikal, saya terjatuh tangga dan hal ini menjadi penghalang kepada saya untuk menjalani temuduga fizikal disebabkan kecederaan yang saya alami di bahagian kaki kanan. Walaupun agak sedikit kecewa, namun saya tidak berputus asa untuk mengikuti temuduga Kor Sispa. Dua minggu selepas kecelakaan tersebut, saya telah mengikuti temuduga Kor Sispa di Pusat Kesatria di UKM.
Temuduga yang saya ikuti pada hari tersebut ialah temuduga kali kedua. Pada temuduga kali pertama, saya tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Saya datang ke Pusat Kesatria pada waktu petang. Semasa ketibaan saya, hanya ada dua orang pelajar UKM yang turut menyertai temuduga ini. Temuduga kali kedua tidak terlalu susah. Temuduga dimulakan dengan mengambil berat dan ketinggian. Kemudiaanya kami perlu melakukan lompatan bintang, lompat jauh dan jangkau panjang. Temuduga fizikal seterusnya ialah kami perlu melakukan tekan tubi dan bangkit tubi. Temuduga seterusnya diteruskan dengan larian 200 meter dan lari naik turun tangga sambil membawa beban. Dan akhir sekali ialah temuduga bersama dua orang pegawai sispa. Kurang seminggu selepas proses temuduga, keputusan pengambilan. Kor Sispa bagi Kompeni 9. Pengambilan pegawai kali ini adalah lebih kurang 100 orang. Ditawarkan peluang menyertai Kor Sispa ini merupakan satu peluang yang tidak akan saya sia-siakan kerana saya percaya banyak faedah yang akan saya peroleh daripada unit beruniform ini.

Comments
Post a Comment