Pengalaman Sebagai Pelajar STPM
Hai. Hari ni saya ingin menceritakan serba sedikit berkenaan dengan pengalaman saya sebagai pelajar STPM 2018. Peperiksaan STPM 2019 akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Hal ini menyebabkan saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa berada di Tingkatan Enam (6). Menjadi pelajar STPM bukanlah pilihan pertama saya selepas SPM dan saya tidak pernah terlintas untuk menyambung pengajian di Tingkatan 6. Namun aturan dan perancangan Allah semestinya adalah yang terbaik terhadap semua hambaNya. Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Taman Ehsan yang terletak di Kepong, Selangor dalam jurusan sains kerana saya merupakan pelajar aliran sains semasa di SPM. Dengan perasaan yang agak kecewa kerana tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi, saya memilih untuk melanjutkannya ke peringkat STPM. Pada awalnya, saya merupakan pelajar sains biologi. Atas nasihat beberapa orang guru, saya telah menukar kelas ke kelas perakaunan. Walaupun berasa agak risau kerana saya tiada asas dalam perakaunan, saya menjadi pelajar akaun selama sebulan. Saya memilih untuk menukar ke kelas Sejarah kerana saya merasakan saya tidak mampu untuk membawa subjek tersebut. Hampir terlupa, semasa saya berada di kelas akuan saya telah mendapat tawaran ke Matrikulasi Negeri Sembilan setelah permohonan rayuan saya berjaya. Walaubagaimanapun, saya memilih untuk meneruskannya di Tingkatan 6 disebabkan saya telah membeli buku-buku di peringkat STPM. Saya percaya ini ialah pilihan yang terbaik untuk saya.
Bercerita tentang pengalaman sepanjang di SMK Taman Ehsan selama 3 semester terlalu banyak yang perlu diceritakan. Berkenalan dengan rakan-rakan baharu serta guru-guru yang banyak memberikan kata-kata dorongan merupakan satu peristiwa yang sukar dilupakan. Hanya terdapat antara 36 hingga 38 orang pelajar STPM di SMK Taman Ehsan. Hal ini memudahkan kami berkenalan antara satu sama lain. Saya akan menerangkan secara ringkas tentang kebaikan melanjutkan pengajian di STPM berdasarkan pengalaman saya.
Kos pengajian yang rendah
Ini merupakan salah satu sebab saya memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat STPM. Saya tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak. Akan tetapi bagi pelaksanaan kerja khusus, adakalanya kita perlu mengeluarkan belanja tambahan tetapi tidaklah sampai membebankan. Dari segi makanan pula, memandangkan sekolah saya ialah jenis sekolah kebangsaaan, harga makanan adalah masih murah.
Mempunyai lebih masa tentang perancangan masa depan
Seperti yang saya ceritakan tadi, saya telah bertukar kelas sebanyak 2 kali untuk mencari minat sata terhadap sesuatu bidang. Ianya memnberikan saya peluang untuk mencari pengalaman. Subjek di STPM juga tidak terlalu tertumpu kepada sesuatu bidang. Contohnya, saya telah mengambil subjek Pengajian Am (Subjek wajib), Sejarah, Ekonomi dan Perniagaan.
Kelebihan yang lainnya saya akan ceritakan secara ringkas iaitu STPM amat sesuai bagi sesiapa yang sukar untuk berjauhan dengan ahli keluarga serta STPM ini menambahkan masa kita berada di zaman persekolahan. Zaman sekolah semestinya satu zaman yang perlu ditempuh oleh kebanyakan pelajar.
Alhamdulillah, dengan izin daripada Allah saya telah berjaya menamatkan pelajaran di SMK Taman Ehsan sebagai pelajar STPM pada tahun lepas. Salah satu kenangan yang sukar dilupakan kerana disinilah saya belajar tentang perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan kita. Tidak lupa saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mazliah kerana terlalu banyak jasa beliau kepada saya dengan menjemput dan menghantar saya selama bersekolah di SMKTE. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu yang banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya. Kepada rakan-rakan terutamanya Kelas AK1, walaupun kelas kecil dengan jumlah pelajar 8 orang, TERIMA KASIH!

Comments
Post a Comment