Hobi di Masa Lapang: Drama dan Filem (Movie)

Hai dan Selamat Malam semua! Hari ini saya ingin berkongsi tentang hobi atau aktiviti yang sering saya lakukan ketika di masa lapang. Kebiasaanya ada dua perkara yang sering saya lakukan di masa lapang iaitu menonton drama atau filem (movie) dan membaca buku, komik, novel dan sebagainya yang berkaitan dengan bahan pembacaan. Pada perkongsiaan kali ini, saya ingin bercerita tentang hobi saya iaitu menonton drama atau filem. Kebiasaanya saya menonton drama atau filem daripada negara China, Taiwan, Korea dan Thailand. Jalan cerita yang cuba disampaikan daripada drama atau filem mereka cukup terkesan dan penuh dengan pengajaran yang boleh diambil untuk diri kita sendiri. Namun disebabkan kekangan waktu dan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar, saya kurang menonton drama kerana saya perlu menunggu setaip episode berbanding dengan filem yang hanya mengambil masa kurang dari dua jam. Di sini, saya ingin menyenaraikan filem kegemaran saya setakat ini.

My True Friends (2012)


Filem daripada Thailand ini merupakan antara filem yang terbaik pernah saya tonton. Filem yang sarat dengan erti persahabatan ini cukup menyentuh perasaan saya apabila saya melihat pengorbanan Gun (Mario Maurer) terhadap rakan-rakannya sehingga dia tewas dalam satu pergaduhan ketika ingin membantu rakan-rakannya yang diserang. Walaupun Gun sentiasa dipandang serong oleh rakan-rakan serta guru di sekolahnya kerana dia dikenali sebagai ketua kumpulan gangster, namun Gun tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan pernah sesekali meninggalkan rakan-rakannya. Perkenalan antara Gun dan seorang pelajar baharu iaitu Song telah mengubahkan kehidupan Song menjadi seorang yang lebih berani. Filem ini cukup sedih di saat rakan-rakan Gun kehilangan Gun kerana Gun merupakan seorang sahabat yang sentiasa menyokong mereka.

Miracle in Cell No 7 (2013)


Filem daripada Korea ini tidak boleh dinafikan lagi akan kejayaannya membuat para penonton menangis melihat hubungan kekeluargaan antara seorang ayah yang cacat dengan anak perempuannya. Si ayah telah dituduh melalukan perlecehan seksual terhadap seorang kanak-kanak menyebabkannya dipenjara. Ketidakmampuan si Ayah untuk menolak tuduhan tersebut telah menyebabkannya menerima hukuman gantung. Si anaknya yang masih kecil tidak dapat memahami keadaan ayahnya yang akan meninggalkannya tidak lama lagi. Kemesraan yang ditunjukkan oleh si Ayah dengan anaknya menyentuh perasaan penghuni penjara yang lainnya serta pegawai polis yang berada di sana. Si Ayah terpaksa mengaku bahawa dia melakukan kesalahan tersebut bagi melindungi anak perempuannya. Adegan terakhir si Ayah bersama anak perempuannya sebelum dia dikenakan hukuman gantung cukup menyedihkan apabila seorang anak yang masih kecil perlu melepaskan ayahnya buat selama-lamanya. Apabila telah dewasa, anak perempuan ini telah menjadi seorang peguam dan telah membersihkan nama ayahnya namun ayahnya tidak dapat dikembalikan.

Cry Me A Sad River

Filem daripada Taiwan ini merupakan filem mandarin yang paling saya sukai. Menceritakan tentang sebuah cerita yang sememangnya terjadi di dunia ini. Kes buli semestinya kes yang sentiasa menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Kehidupan Yi Yao yang sering dipandang hina oleh masyarakat telah menyebabkannya mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri. Dijangkiti penyakit HIV menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya sekolahnya sehinggakan rakan baiknya sendiri iaitu Qi Ming tidak mempercayainya lagi. Gu Senxi merupakan salah seorang rakannya yang mempercayai Yi Yao tetapi disebabkan fitnah yang mengatakan Yi Yao telah membunuh adik Senxi, Sen Xiang kerana berasa cemburu dengan keakraban hubungan Qi Ming dan Sen Xiang menyebabkan Senxi turut tidak mempercayainya. Hal ini telah menyebabkan Yi Yao menghadapi tekanan yang cukup kuat sehingga dia telah mengakhiri hidupnya di hadapan pelajar -pelajar sekolahnya demi membuktikan bahawa dia tidak membunuh Sen Xiang. Filem ini memberikan banyak pengajaran yang buli itu mampu menganggu emosi seseorang.

Comments

Popular Posts