Bonding bersama Biro IPK Kolej Aminuddin Baki
Hi dan Selamat malam kepada semua. Hari ini saya ingin bercerita tentang satu biro yang saya sertai selama saya berada di Kolej Aminuddin Baki. Saya telah memilih Biro Integrasi dan Perpaduan Kaum (IPK )sebagai biro pilihan yang pertama. Hal ini adalah disebabkan saya tertarik dengan satu program yang akan dianjurkan oleh Biro ini. Haaa, mesti nak tahu apa kan. Program tersebut ialah Festival Citra Warna. Jadi kami akan terlibat dengan satu tradisi yang masyarakat India.
Pada minggu yang lepas, Biro IPK telah menganjurkan aktiviti bonding bersama ahli-ahli biro IPK di Bilik Siswi Kolej Aminuddin Baki. Memang cukup menyeronokkan apabila saya dapat berkenalan langsung dengan ahli-ahli yang lain. Aktiviti kami dimulakan dengan menghidupkan bara api bagi tujuan barbeque ayam. memandang cuaca tidak mengizinkan, jadi ianya mengambil masa yang lama. Bukan itu sahaja, ayam nya juga turut hangus walaupun sedikit. Selepas itu, kami bermain beberapa permainan yang cukup menyeronokkan. Masa ini lah kita bergelak ketawa untuk mengurangkan tekanan.
Kini tibalah untuk saya menceritakan aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu membaling tepung dan air ke arah semua ahli biro IPK. Memang tiada satu pun yang terkecuali daripada permainan ini. Interaksi antara satu sama lain semasa hari bonding ini cukup luar biasa. Kami seakan-akan telah lama mengenali antara satu sama lain. Walaupun kami hanya mempunyai masa selama 1 tahun dalam biro ini, saya mengharapkan yang ikatan kekeluargaan yang terbina daripada Biro IPK berkekalan sehingga bila-bila. Melihat rakan-rakan yang lain bergembira adalah satu perkara yang cukup mengindahkan. Betul apa yang dikatakan oleh orang-orang, kebersamaan sentiasa menjamin kebahagian.

Comments
Post a Comment