PMFEP (FUTURE ONE) - SESI BBQ
Assalamualaikum dan Salam Bestari. Hari ni saya nak bercerita sedikit tentang satu aktiviti yang cukup menarik sepanjang saya berada di UKM. Alhamdulillah, masuk hari ni dah lebih sebulan saya berada di UKM. Macam-macam program, aktiviti dan kelab yang boleh kita sertai di sini. Antara kelab yang saya sertai ialah Kelab Pengurusan dan Kelab Famili Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Jadi, pada 29.09.2019 yang lalu saya telah menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Famili FEP iaitu Sesi BBQ bersama para pelajar yang telah mendaftar sebagai Future One (F1) yang akan menerajui kepimpinan FEP. Tujuannya ialah memperkenalkan ahli-ahli baharu Famili FEP dengan senior-senior yang menguruskan kelab tersebut.
Aktiviti tersebut diadakan di Tasik Kejut UKM. Pada mulanya, rasa agak pelik juga bila pertama kali dengar nama tasik tersebut. Rupanya itu adalah singkatan bagi Tasik Kejuruteraan kerana tasik tersebut berdekatan dengan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Tasik Kejut ni sangatlah cantik dan sesuai kalau nak beriadah di sana.
Senior telah merancang beberapa aktiviti supaya dapat berkenalan dengan ahli-ahli yang lain. Antaranya permainan mencari ahli-ahli yang mempunyai persamaan dengan kita. Contohnya, mencari ahli yang lahir pada bulan yang sama. Ada peraturan dalam permainan ini, kami tidak boleh bercakap dan mengeluarkan suara. Masing-masing cuba buat bahasa isyarat untuk mencari ahli-ahli yang lain. Lepas buat beberapa permainan, ada sesi berbual bersama dengan Ketua Pelajar FEP. Beliau menceritakan pengalaman beliau selama berada di UKM. Kami juga turut berkongsi cerita akan mengapa kami ingin belajar di UKM.
Yang paling kami tak sabar ialah sesi BBQ. Disebabkan cuaca hujan pada masa itu, ayam yang nak dibakar untuk BBQ tak siap-siap sebabnya tak boleh hidupkan unggun api. Jadinya kami makan pada waktu malam. Makan dalam gelap di tepi Tasik Kejut. Hahahaha. Tapi kami semua berasa puas walaupun agak berasa letih. Kami makan ayam BBQ bersama sos keju dan sos cili bersama kawan-kawan baru dan senior-senior yang terbaik :D

Comments
Post a Comment