Kehidupan Sebagai Pelajar Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM

Salam Bestari. Ini adalah kandungan blog yang pertama saya tulis di blog ANNHUSNANA. Namun, ini adalah blog kedua saya. Okay, saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya Husna, berumur 20 pada tahun ini iaitu 2019. Saya berasal daripada negeri Selangor dan merupakan bekas pelajar tingkatan 6 di SMK Taman Ehsan. Alhamdulillah, saya kini bergelar pelajar tahun pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (BBA). Universiti yang berada di tangga ke 3 di Malaysia dan di tangga ke 160 di dunia. Pada masa kini, saya baru sahaja bergelar pelajar UKM selama lebih kurang 2 minggu dan saya ingin menceritakan sedikit pengalaman yang cukup baru selama saya berada di sini. 

Menjadi pelajar universiti adalah berbeza dengan menjadi pelajar sekolah. Cukup berbeza. Mungkin semasa di zaman sekolah, adanya ayah dan mak yang akan mengingati saya tentang sesuatu perkara. Namun di sini, saya perlu sentiasa mengingatkan diri supaya jadilah manusia yang tidak terlalu bergantung pada orang lain dan jadilah seseorang yang pandai membawa diri. Di sini juga saya diajar bagaimana menyusun jadual kelas sendiri. Penyusunan jadual ini mengajar saya bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik. Memandangkan saya merupakan seseorang yang gemar belajar di waktu pagi berbanding petang, kebanyakan jadual kuliah saya adalah di waktu pagi. Setakat ini belum lagi berlaku kes terlajak tidur dan terlewat ke kelas. Oh ya, saya merupakan pelajar yang menetap di Kolej Aminuddin Baki (KAB). Banyak kelebihan kolej ini sebenarnya yang ingin saya ceritakan, namun saya akan menceritakan di kemudian hari. KAB ini terletak berhadapan dengan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Jadinya, saya tidak perlu menunggu bas ke fakulti sekiranya ada kelas di waktu pagi. Bak kata senior dan pensyarah di sini, pelajar FEP yang menetap di KAB boleh datang ke fakulti dengan bergolek-golek sahaja. Hahaha, mungkin kerana KAB terletak di atas bukit. Pendek kata, kehidupan selama dua minggu di sini agak memenatkan kerana persekitaran UKM masih baru kepada saya tetapi saya percaya kehidupan sebegini yang akan dirindu pada masa yang akan datang terutamanya di alam pekerjaan. Saya akan berkongsi beberapa keping gambar di persekitaran FEP dan KAB :)


Bangunan FEP 

Permandangan KAB dari hadapan bangunan FEP

Hanya perlu melintas jalan setiap kali ke                                         FEP

Comments

  1. hi, macam mana saya nak contact akak dekat socmed sebab saya nak tanya sedikit soalan berkaitan course BBA kat UKM ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts