PERANG DECTAR- Satu Pengalaman Yang Cukup Menyeronokkan

Assalamualaikum dan Salam Bestari. Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Satu minggu atau lima hari yang perlu dijalani oleh pelajar-pelajar baharu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mungkin semasa di zaman sekolah, kita sentiasa menyebutnya sebagai minggu orientasi. Macam-macam yang terlintas apabila tahu akan adanya MMM ini. Secara jujurnya, apa yang terlintas di fikiran saya ialah mesti saya perlu bangun seawal jam 4 pagi dan hanya akan dapat waktu tidur selama lebih kurang 3 atau 4 jam sahaja. Namun, tanggapan tersebut ada yang betul dan ada juga yang salah. Sepanjang tempoh 5 hari tersebut, satu hari yang cukup bermakna adalah semasa majlis bacaan ikrar yang berlangsung pada hari khamis iaitu pada 05.09.2019. Berbanding dengan hari-hari lain, kebanyakan aktiviti hanya tertumpu di kolej kediaman dan fakulti masing-masing. Namun pada hari tersebut, kesemua pelajar baharu UKM sesi 2019/2020 perlu bersama-sama mengangkat ikrar sebagai pelajar UKM. Apa yang menariknya semasa majlis ini ialah PERANG DECTAR. Perang Dectar ini merupakan tradisi UKM sejak lamanya. Di sinilah, kami akan bersorak untuk kolej kediaman masing-masing. Walaupun penat dalam melalui MMM ini, semangat dalam diri setiap para pelajar dan Pemudah Cara (PC) amat mengagumkan. Majlis bacaan ikrar dan Perang Dectar ini berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. 


Majlis ini turut dimeriahkan dengan kedatangan Ultras UKM. Ultras UKM ini merupakan penyokong setia kepada kelab bola sepak UKM. Hal ini kerana, selang beberapa hari kemudian pasukan bola sepak UKM ada bertanding. Memang terbaiklah semangat yang ada paa diri setiap mahasiswa mahasiswi UKM. Di bawah ini, saya akan selitkan beberapa keping gambar kemeriahan semasa majlis tersebut :D








Comments

Popular Posts