Melihat Dunia Dari Sisi Yang Berbeza dengan PENGEMBARAAN
Assalamualaikum dan Selamat Malam. Hari ini ialah 1 Disember 2019 merupakan bulan terakhir dalam tahun 2019 sebelum datangnya tahun baharu iaitu 2020. Masa berjalan dengan begitu pantas. Hari demi hari beganti dengan terlalu cepat sehinggakan kita tidak menyedarinya. Bercerita dengan kehidupan di UKM adalah berbeza dengan kehidupan yang sebelum-sebelumnya. Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara yang ingin dikecapi. Berjaya menghabiskan pengajian di peringkat ijazah dan mencari pekerjaan yang baik. Mungkin itu merupakan matlamat utama saya sekarang.
Mengembara......Itulah yang ingin saya kongsikan dalam postingan kali ini
Melakukan pengembaraan di seluruh dunia merupakan matlamat jangka panjang yang saya sudah tanamkan sejak kecil lagi. Melihat dunia dari sisi yang berbeza, melihat manusia lain yang berada di atas permukaan bumi dan mempelajari serta memahami budaya mereka. Itulah yang mungkin lebih sesuai dianggap sebagai minat saya yang saya ingin kecapi.
Bercerita berkenaan berkunjung ke negara lain, terlalu banyak negara yang saya ingin jejaki. Bukan sahaja di benua Asia, malah di benua lain seperti Eropah. Berkunjung ke negara orang bukan sebagai pelancong tetapi sebagai seorang pengembara.
Saya pernah mendengar satu dialog daripada filem Indonesia, Jilbab Traveler yang berbunyi " Jadilah seperti Ibnu Batutah, penjelajah muslim yang menjadi rujukan dunia "
Dalam jangka 5 hingga 7 tahun yang mendatang, negara yang menjadi tumpuan saya untuk lebih mengenai sisi dunia yang berbeza ialah negara matahari terbit iaitu Jepun. Rata-rata mengagumi keindahan negara Jepun dari segi sahsiah mereka yang cukup sopan dan menghormati orang lain. Saya berharap untuk diberikan peluang untuk mempelajari dan memahami kebudayaan di Jepun walaupun sedikit.
Kyoto, Jepun. Walaupun hanya melalui pembacaan dari buku-buku dan internet, daerah tersebut telah menjadi pilihan tempat yang akan saya kunjungi kelak, InshaAllah.
"Mengembara membuat anda terdiam, lalu mengubh anda menjadi seorang pendongeng. Itulah kata-kata daripada Ibnu Batutah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seperti beliau.
Setakat disini sahaja penceritaan saya untuk hari ini, sampai kita berjumpa lagi di postingan akan datang.
Comments
Post a Comment