Kerja lebih mudah dengan bantuan Microsoft Excel
Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Dalam postingan yang sebelum-sebelum ini saya telah berkongsi serba sedikit pengetahuan yang saya perolehi daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Aplikasi Komputer berkenaan dengan HTML dan Microsof PowerPoint. Maka, hari ini saya ingin mencerita tentang kegunaan Microsoft Excel yang dapat memudahkan urusan kita dalam melengkap data. Apakah itu Microsoft Excel?
Microsoft Excel merupakan satu perisian yang dirancang untuk melakukan pengolahan kata atau angka. Perisian ini juga dapat digunakan untuk melakukan pengiraan sama seperti kalkulator.
Terdapat beberapa fungsi Microsoft Excel yang saya pelajari dalam kelas Aplikasi Komputer. Sebagai contohnya, menukarkan data kepada huruf kecil dan huruf besar.
Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari cara untuk membuat Budget List dengan menggunakan Excel. Dengan menggunakan perisian Excel ini, Budget List yang saya pelajari tersebut memberikan gambaran yang jelas mengenai perancangan kewangan. Di bawah ini, saya tunjukkan Budget List yang saya pelajari semasa berada di kelas
.
Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada perisian Excel ini. Saya mula menggunakan perisian ini semasa berada di Tingkatan 6 dimana saya perlu membentuk satu rajah atau graf berdasarkan hasil dapatan berke naan dengan kerja kursus Pengajian Am. Sejujurnya pada mulanya saya beranggapan itu sahaja merupakan fungsi Microsoft Excel namun tanggapan saya meleset sama sekali apabila saya mula mengenali Excel dengan lebih mendalam sekarang. Itu sahaja pengkongsian yang saya ingin kongsikan dalam postingan kali ini memandang hari sudah hampir larut malam. Terima Kasih kerana singgah membaca perkongsian kali ini :)
Comments
Post a Comment